Tuesday, June 30, 2015

Bab 5 : MENGIRA TUKARAN RINGGIT KEPADA RENMINBI/YUAN

Pada bab kali ini, KB nak terangkan bagaimana korang nak tau berapa nilai tukaran wang Ringgit Malaysia kalau nak tukar duit China iaitu Renmenbi di Money Changer.

Jom KB tunjukkan. Ada banyak cara nak taw. Admin akan tunjuk langkah-langkahnya.

1) Mula-mula, kita pergi ke mana-mana money changer berdekatan atau korang dah search atau google di internet kat mana money changer yang bagi rate terbaik then korang boleh gi terus. Tapi KB cadangkan korang guna stail KB, tengok online je. Antara website Money Changer yang selalu KB rujuk ialah SPECTRUM FOREX atau My Money Master . Kedua2 website ni KB selalu check berapa tukaran rate sebelum tukar duit.

1) Laman web SPECTRUM FOREX

2) Laman web My Money Master


Kedua-dua money changer ni menjadi pilihan KB sebab dua money changer ni antara yang termurah. Lokasi SPECTRUM FOREX di NU SENTRAL, KUALA LUMPUR, berdekatan dengan KL Sentral. Kalau nak gi pergi je cari KL Sentral dan pusing2 je dekat KL Sentral tu akan ada nampak Bangunan NU Setral dan MALAKOFF.Lokasinya di Lower Ground dekat hall utama. Tokey dia kita boleh nego harga kalau tukar banyak dan memang friendly.

Lokasi My Money Master pula berada di Mid Valley, di dalam Mid Valley, tingkat Lower Ground Floor. Turun eskalator betul2 tepi eskalator. ada kedai jual air coffee dan ada 1 lagi money changer sebelah tu. Dua money changer berdekatan ni menawarkan harga yang sama.


Kemudian, jom kita lihat tukaran yang ditawarkan oleh kedua-dua Money Changer. Data pada screenhort ini KB ambil pada 1 Julai 2015. Pada waktu ketika ini, Ringgit Malaysia sedikit jatuh berbanding Dolar US yang semakin meningkat. Jadi kita perlu membayar lebih sedikit RM untuk mendapatkan Renminbi. KB akan terangkan cara membacanya.

SPECTRUM FOREX : 100RMB = RM60.50(kita beli/tukar di Money Changer)


MyMoneyMaster : 100RMB = RM60.60 (kita beli/tukar di Money Changer)

Jika korang kurang kurang faham, KB akan terangkan sekali lagi. Begini kita ambil conteh screenshot di MyMoneyMaster. Kalau mengikut susunan dari kiri terdapat angka 100 (ini bermakna 100RMB), CNY(ini ialah currency nya Chinese Yuan), CHINESE RENMINBI (ialah ialah nama currency bagi negara China). 59.900 (ini ialah berapa yang akan kita dapat kalau kita nk jual duit Reninbi yang kita ada skunk pada Money Changer untuk mendapatkan RM. Contohnya jika kita ada 300RMB, jadinya kita dapat RM179.70). 60.600 pula (ini adalah nilai bagi 100RMB jika kita nak beli.tukar di Money Changer, contohnya Anda nak beli 1000RMB, jadi anda perlu bayar RM606 dan anda dapat 1000RMB.


Kalau tak paham lagi, Boleh tinggalkan komen kat bawah, InshaAllah KB akan terangkan.


CARA MUDAH NAK KIRA HARGA PRODUK

Sekarang kita nak mudahkan lagi cara pengiraan. KB ambil contoh pada 2012 ketika pertama kali KB ke China. Rate ketika itu ialah RM1 bersamaan 2yuan. Jadi jika barang di China berharga 30RMB sangat senang KB nak kira. KB hanya perlu membahagikan nya dengan 2, jadi 30RMB bahagi dengan dua bersamaan RM15.

Macam KB kira mana RM1 bersamaan 2RMB?

Dengar sini elok2..rate di Money Changer pada ketika itu ialah 100RMB = RM50 (untuk mendapatkan 100RMB korang kena bayar RM50 kat money changer). Jadi KB ambil 100RMB bahagi RM50 = 2. Jadi apa-apa produk yang KB jumpa di China KB akan bahagikan dengan dua kalau nak taw harga dalam RM berapa.

Rate terkini (1 Julai 2015) 100RMB = RM60.60. Jadi, korang just bahagikan 100 RMB dengan 60.6. Korang akan dapat 1.65. Apabila korang tanya harga di China nanti, contoh harga Monopod 10yuan/rmb, jadi just bahagikan 10RMB dengan 1.65. Korang akan dapat 6.06060 camtu. Jadi Harga dalam RM ialah RM6.06. Cuba korang bayangkan zaman KB gi China 2012, 10yuan bahagi 2, jadi harganya RM5. Ini bermakna kejatuhan Ringgit Malaysia memberi kesan kepada aktiviti import barangan dari luar.


JANGAN RISAU

Kejatuhan ringgit memang memberi kesan tetapi kalau anda punya marketing cantik dan power inshaAllah banyak barang boleh terjual walaupun untung dah berkurang sedikit.

Nantikan bab akan datang yang lebih mendalam mengenai borong di China. Jangan lupa SHARE kalau korang rasa artikel ni berguna.

Bab 4 : MATAWANG/DUIT CHINA

China menggunakan matawang atau duit yang dikenali sebagai Renmenbi (singkatannya RMB: contohnya 100RMB). Juga dikenali sebagai Yuan (contohnya 100yuan).

Duit China juga terdapat dalam duit syiling dan kertas.


Duit China : 1 yuan / 1 Renmenbi(RMB)

Kenapa KB menggunakan contoh duit bernilai 1 yuan? Ini kerana duit syiling 1 yuan sangat penting untuk membeli tiket train (kereta api) jika anda mahu pergi sendiri ke China tanpa mengikut Trip Borong/Trip Pelancogan (biasa guna bas ekspress yg di tempah tapi bayarkan aja duitnya banyak2 kepada pengurus trip, orang kata just bawa kaki je). 

Untuk survival menggunakan budget yg rendah atau dalam bahasa mudahnya jimat (kedekut2 sikit), elok lah menggunakan train untuk ke sesuatu destinasi. Bagi KB hampir kesemua tempat borong utama di China berdekatan dengan train stesen kecuali beberapa tempat perlu menggunakan teksi.

Walapun nampak tak kaya dan leceh bawak duit syiling ni dalam kocek, ia amat membantu ketika kita nak bayar duit tiket keretapi atau beli makanan mahupun air di kedai-kedai. Duit kertas 5 yuan dan 10 yuan juga boleh digunakan utnuk membeli tiket kereta api. Diingatkan juga semua kereta api adalah berada di bawah tanah. Ada signboard merah menunjukkan arah ke train station.

Selain itu, duit yang akan dan biasa digunakan di China adalah  duit kertas 5 yuan, 10 yuan, 20 yuan, 50 yuan dan 100 yuan.


Duit China : 100yuan, 50yuan, 20yuan, 10yuan, 5yuan, 1 yuan, 5 jiao (kira macam 5 sen la), 1 jiao (1 sen), duit syiling 1 yuan, syiling 5 jiao, syiling 1 jiao.

Kesemua di atas adalah duit di negara China. 100yuan, 50yuan, 20yuan, 10yuan, 5yuan, 1 yuan dan syiling 1 yuan adalah duit yg biasa digunakan. 5 Jiao dan 1 Jiao ni jarang2 ada. Jiao ni kecik sikit duit kertas nya.

Bagi pemborong2 yang ke China, biasanya akan menerima duit 100RMB(yuan) sahaja semasa menukar duit di Money Changer. Anda boleh request duit 50RMB, 10RMB (kuantiti sedikit sahaja untuk tambang bas/train dari airpot utk ke bandar Guangzhou) jika Money Changer tu ada. Biasanya memang berikat-ikat lah duit 100RMB tu kalau tukar.


BERHATI-HATI DENGAN WANG PALSU!

Di China, wang palsu ni banyak sangat. Biasanya akan terkena kalau kita tukar di Money Changer di China yg tidak berdafatr. TIDAK BERDAFTAR tu maksudnya orang2 China yang duduk di tepi jalan di tempat borong dan meletakkan signboard tukar duit atau money changer. Dia tak bagi semua duit palsu masa kita tukar tetapi dia akan masukkan beberapa keping duit palsu di tengah2. Jadi berhati-hati.




Monday, June 29, 2015

Bab 3 : PRODUK YANG BOLEH DI BORONG DI CHINA

BARANGAN YANG BOLEH DI BORONG DI CHINA....

Sudah pasti anda ingin sangat-sangat mengetahuinya kan?
Kalau dah KB kata ada beribu barangan anda kena percaya. Pertama kali KB ke China memang KB rambang mata. Rasa nak borong itu ,nak borong ini. Seriously, sampai sekarang kalau KB ke China KB akan membeli pelbagai barangan tambahan untuk dijual.


PRODUK-PRODUK DI CHINA

1) Barangan kulit, beg kulit, tali pinggang, aksesori lain. (HOT!!)
2) Pakaian wanita, pakaian lelaki, pakaian berfesyen (HOT!!)
3) Barangan bayi, pakaian bayi
4) Kelengkapan hotel dan rumah
5) Barangan Hardware/ Mesin-mesin berat
6) Barangan motorsikal/ pakaian motosikal lumba
7) Barangan komputer, telefon bimbit, dan elektronik (HOT!!)
8) Barang mainan (RC, Superheroes dan lain2) (HOT!!)
9) Barangan hadiah
10) Aksesori wanita (subang, jade)
11) Barangan pejabat/office dan stationary
12) Barangan fabrik/ kain
13) Jam tangan
14) Cermin mata
15) Barangan Perabut

Sunday, June 28, 2015

Bab 2 : KENAPA MEMBORONG DI CHINA?

KENAPA MEMBORONG DI CHINA?

KENAPA?
KENAPA?
KENAPA?

Tempat lain tak boleh ke? Ya boleh tapi KB ingin membuka mata anda untuk mencuba memborong sendiri dari China.


KB akan membongkarkan kenapa kita wajib memborong di China.

1) BUAT DUIT!!
2) BUAT DUIT!!
3) BUAT DUIT!!

Ya, tentutlah untuk membuat duit.

KISAH KB MULA BERNIAGA?

KB memang dah buang masa dengan mengambil barangan borong di GM Klang, GM Chowkit DAN Pusat Borong KENANGA di Kuala Lumpur (Bersebelahan LRT Hang Tuah). Tapi ini merupakan satu pembelajaran yang sangat baik utk KB. KB mula berniaga pada umur 18 tahun  semasa belajar di IPTA (dah lambat dah ni) dengan menjual Topup utk membeli set Drum Elektornik berharga seribu (2nd hand je). Untung dari penjualan topup ni 30-50 sen je kalau ada orang beli topup RM10.

UNTUNG 30 SEN JE!!

Sehari KB boleh menjual topup antara RM40-50 dekat asrama. Jadi untungnya adalah antara RM1.50-2.00..Kalau nasib baik sehari boleh dapat RM3-5. Duit ni KB buat belanja makan(sehari sekali je). Makanan favourite sepanjang zaman student iaitu NASI BUJANG+Air Kosong! Legend owhhh..haha..Jadi duit elaun tiap2 bulan sebanyak RM430 tu KB selama beberapa bulan untuk membeli Drum dan tercapai akhirnya.

MULA MEMBORONG. TEMPAT BORONG DI MALAYSIA.

Selepas penat menjual Topup selama setahun. Admin kebetulan bersiar-siar di sekitar Chow Kit di Kuala Lumpur dan terjumpa lah satu-satunya tempat borong tertua di Malaysia iaitu GM Chow Kit. Barangan yang KB borong adalah jersi bola, tasbih digital dan Al-Quran Digital. Jersi bola boleh untung RM10-15, Al-Quran Digital boleh untung RM50-100(masa ramai xjual 4 tahun lepas iaitu tahun 2012). Dari penjualan barangan yang di borong di Malaysia ini lah KB mula kumpul duit dan pergi ke China dengan bermodalkan RM13,000 (RM10,000 modal dan RM2,700 kos ke China dengan agen). Kalau pergi sendiri dapat jimat kan RM1,000 tapi kena lah mahir selok belok di Guangzhou, China.

PERTAMA KALI MEMBORONG DI CHINA

Pertama kali KB ke Guangzhou, China adalah pada tahun 2012 sewaktu KB berumur 21 tahun. Dengan bermodalkan RM10,000. KB dapat memborong barangan yang sama di kedai borong di GM berharga RM100-120(jual semula RM130-150 : untung RM30-50) tetapi di Guangzhou berharga RM60. (KB jual semula pada harga yang sama dan untung RM70-90..Untung 140% dari harga modal. Semakin lama, makin berkembang dan makin banyak KB memborong di China. Sekarang hampir 2 kali setiap tahun KB akan China order barang. Stock KB untuk setengah tahun terus senang.


KENAPA MEMBORONG DI CHINA?

1) Untung melebihi 150% (untung 300% kalau barang demand tinggi atau barang baru keluar)
2) Mudah ke China (Airasia, MAS)
3) Banyak Makanan halal di Guangzhou.
4) Pengangkutan di China banyak dan cekap.
5) CCTV di sekitar Guangzhou jadi selamat.
6) Kos shipping dari China ke Malaysia serendah RM350 untuk saiz barang 1cbm(minimum RM200). Ini adalah DOOR-to-DOOR servis. Tunggu je barang kat rumah/kedai.
7) Mempunyai beribu-ribu produk (kalau xtaw nak borong apa solat istikarah sebelum ke China).
8) LUBUK bangsa Cina Malaysia dan otai-otai Peniaga Melayu yang makan sendiri je senyap-senyap (KB kat sini nak kasi pecah ini LUBUK).
9) Pembekal di China senang berkomunikasi dengan rakyat Malayisa.
10) Tukaran matawang Ringgit yang tinggi berbanding Chinese Renmenbi(atau disebut Yuan). RM1 bersamaan 1.65yuan semasa artikel ini ditulis. (bertarikh 29 Jun 2015). Tiga tahun lepas RM1 bersamaan 2yuan (masa ni rate tengah cantik). Sebelum gawat tahun 1997, RM1 bersamaa 3yuan (lagi sedap).


Bab 1 : PENGENALAN MEMBORONG DI CHINA

Assalamualaikum,

Kaki Borong(KB) baru 5 tahun berniaga tapi KB nak kongsi pengalaman memborong di Negara China. Wow..Lubuk besar!

Sebeum tu mari kita kenal negara China.

Peta negara China : Wilayah atau dipanggil Province (mempunyai 22 Province)

Negara China (People's Republic of China : PRC) merupakan negara yang yang mempunyai penduduk seramai 1.35 Bilion. Keluasan negara seluas 9.6 juta kaki persegi membuatkan negara China adalah negara ke-2 terbesar di dunia.

Penduduk muslim di negara China mencecah 50juta sehingga kini. Islam berkembang pesat di negara ini. Sejarah membuktikan kedatangan Saad bin Abi Waqas (lahir di kota Makkah) yang menyebarkan agama Islam di China. Hasilnya masjid yang di beri nama Saad Bin Abi Waqas di bina di tengah bandar kota Guangzhou iaitu pusat memborong terbesar di dunia.

Selain itu, China juga merupakan kuasa ekonomi yang kedua selepas Amerika dan dijangka menjadi kuasa no.1 ekonomi dunia pada tahun 2018. Ini kerana China merupakan pengeluar utama bahan mentah dan mempunyai banyak kilang yang mengeluarkan pelbagai barangan tiruan, one-to-one copy(hampir sama seperti original) dan pengilang untuk jenama terkenal seperti iphone, Nike, Adidas kerana kos buruh dan upah yang murah.

Oleh sebeb demikian, seluruh dunia tertumpu kepada negara China untuk mengimport barangan dan membuat produk baharu di China. 


KENAPA MEMBORONG DI CHINA?