KENAPA MEMBORONG DI CHINA?
KENAPA?
KENAPA?
KENAPA?
Tempat lain tak boleh ke? Ya boleh tapi KB ingin membuka mata anda untuk mencuba memborong sendiri dari China.
KB akan membongkarkan kenapa kita wajib memborong di China.
1) BUAT DUIT!!
2) BUAT DUIT!!
3) BUAT DUIT!!
Ya, tentutlah untuk membuat duit.
KISAH KB MULA BERNIAGA?
KB memang dah buang masa dengan mengambil barangan borong di GM Klang, GM Chowkit DAN Pusat Borong KENANGA di Kuala Lumpur (Bersebelahan LRT Hang Tuah). Tapi ini merupakan satu pembelajaran yang sangat baik utk KB. KB mula berniaga pada umur 18 tahun semasa belajar di IPTA (dah lambat dah ni) dengan menjual Topup utk membeli set Drum Elektornik berharga seribu (2nd hand je). Untung dari penjualan topup ni 30-50 sen je kalau ada orang beli topup RM10.
UNTUNG 30 SEN JE!!
Sehari KB boleh menjual topup antara RM40-50 dekat asrama. Jadi untungnya adalah antara RM1.50-2.00..Kalau nasib baik sehari boleh dapat RM3-5. Duit ni KB buat belanja makan(sehari sekali je). Makanan favourite sepanjang zaman student iaitu NASI BUJANG+Air Kosong! Legend owhhh..haha..Jadi duit elaun tiap2 bulan sebanyak RM430 tu KB selama beberapa bulan untuk membeli Drum dan tercapai akhirnya.
MULA MEMBORONG. TEMPAT BORONG DI MALAYSIA.
Selepas penat menjual Topup selama setahun. Admin kebetulan bersiar-siar di sekitar Chow Kit di Kuala Lumpur dan terjumpa lah satu-satunya tempat borong tertua di Malaysia iaitu GM Chow Kit. Barangan yang KB borong adalah jersi bola, tasbih digital dan Al-Quran Digital. Jersi bola boleh untung RM10-15, Al-Quran Digital boleh untung RM50-100(masa ramai xjual 4 tahun lepas iaitu tahun 2012). Dari penjualan barangan yang di borong di Malaysia ini lah KB mula kumpul duit dan pergi ke China dengan bermodalkan RM13,000 (RM10,000 modal dan RM2,700 kos ke China dengan agen). Kalau pergi sendiri dapat jimat kan RM1,000 tapi kena lah mahir selok belok di Guangzhou, China.
PERTAMA KALI MEMBORONG DI CHINA
Pertama kali KB ke Guangzhou, China adalah pada tahun 2012 sewaktu KB berumur 21 tahun. Dengan bermodalkan RM10,000. KB dapat memborong barangan yang sama di kedai borong di GM berharga RM100-120(jual semula RM130-150 : untung RM30-50) tetapi di Guangzhou berharga RM60. (KB jual semula pada harga yang sama dan untung RM70-90..Untung 140% dari harga modal. Semakin lama, makin berkembang dan makin banyak KB memborong di China. Sekarang hampir 2 kali setiap tahun KB akan China order barang. Stock KB untuk setengah tahun terus senang.
KENAPA MEMBORONG DI CHINA?
1) Untung melebihi 150% (untung 300% kalau barang demand tinggi atau barang baru keluar)
2) Mudah ke China (Airasia, MAS)
3) Banyak Makanan halal di Guangzhou.
4) Pengangkutan di China banyak dan cekap.
5) CCTV di sekitar Guangzhou jadi selamat.
6) Kos shipping dari China ke Malaysia serendah RM350 untuk saiz barang 1cbm(minimum RM200). Ini adalah DOOR-to-DOOR servis. Tunggu je barang kat rumah/kedai.
7) Mempunyai beribu-ribu produk (kalau xtaw nak borong apa solat istikarah sebelum ke China).
8) LUBUK bangsa Cina Malaysia dan otai-otai Peniaga Melayu yang makan sendiri je senyap-senyap (KB kat sini nak kasi pecah ini LUBUK).
9) Pembekal di China senang berkomunikasi dengan rakyat Malayisa.
10) Tukaran matawang Ringgit yang tinggi berbanding Chinese Renmenbi(atau disebut Yuan). RM1 bersamaan 1.65yuan semasa artikel ini ditulis. (bertarikh 29 Jun 2015). Tiga tahun lepas RM1 bersamaan 2yuan (masa ni rate tengah cantik). Sebelum gawat tahun 1997, RM1 bersamaa 3yuan (lagi sedap).
Assalam bang, boleh x terangkan sikit tentang prosedur untuk import barang ni sebagai contoh abang pakai syarikat pengangkutan apa tuk bawak masuk barang?
ReplyDelete