Tuesday, August 16, 2016

Bab 6 : PERSEDIAAN SEBELUM MEMBORONG KE GUANGZHOU, CHINA


Assalamualaikum guys, lama KB tak update sebab busy dengan hal-hal dunia yg lagha. haha

1) TIKET KAPAL TERBANG

Kita sambung semula misi kita untuk pergi ke Guangzhou kali ini. Pertama sekali kita mestilah kena booking tiket flight dari Kuala Lumpur ke Guangzhou. Kita boleh menggunakan syarikat penerbangan tambang murah iaitu AirAsia atau pun Malaysia Airlines . KB selalu menggunakan AirAsia sebabnya murah dan selalu ada promosi. Harga sekitar RM500-700 untuk perjalan pergi dan balik Kuala Lumpur-Guangzhou. Murah dah ni, biasa kalau beli masa takde promosi harga RM900-1300.

Kalau rasa nak selesa dan terlebih duit kita boleh naik Malaysia Airlines. Harga pergi balik dalam RM1600-2500.  Murah kan? Baik naik AirAsia murah dan jimat. Duit lebih boleh buat makan sate kambing kat Guangzhou nanti.


Okay, jom kita belajar cara beli tiket waktu yang terbaik untuk ke Guangzhou. Melalui pengalaman KB sendiri, KB sarankan untuk naik flight waktu pagi 5.30 pagi dari Kuala Lumpur (KLIA2) dan sampai dalam 9.30-10.00 pagi di Guangzhou/Canton (Baiyun Intenational Airport). Jadi waktu masih siang kan. Lepas check-in hotel boleh la terus pergi ke tempat borong terdekat dengan hotel kita booking dan makan-makan. Dari Airport ke Bandar Guangzhou mengambil masa 1 jam untuk sampai kalau naik bas. Pengangkutan kita akan cerita jap gi. Settlekan masalah membeli tiket.

Tengok betul2 gambar kat bawah ni. Kalau tarikh yang korang search mahal, contoh bawah ni RM319, pilihlah tarikh lain just tekan je je tarikh dan harga yang murah kalau kita tiada masalah nak travel pada hari tu. Kalau perlu juga travel pada tarikh yang mahal harga tiketnya just beli je sebab harga tak jauh beza dalam RM100-200 je.

Gambar 1 : Tarikh dan harga berlepas dari Kuala Lumpur

Gambar 2 : Tarikh dan harga balik dari Guangzhou

Gambar 3 : Estimate kos tiket RM600++ (RM50-100 kalau nak pilih seat dan beli makan serta luggage)

Untuk tiket balik pula, KB rekemen balik pada jam 1.15 pagi. Jimat hari dan jimat duit hotel. KB beri contoh KB sampai 10 pagi hari Khamis (1 Januari 2010), KB balik pada hari Ahad 1 pagi(4 Januari 2010). jadi KB sudah berada 3 hari dan 2 malam sahaja untuk bayar hotel (check out hari Sabtu jam 12 tengahari, tinggal bag di hotel dan boleh jalan2 sehingga jam 7 petang, lepas solat jamak terus naik bas gi airport dalam jam 9 malam. samapi airport jam 10 malam, ada lagi 3 jam sementara nak tunggu flight). KB rekemen kan waktu ni supaya kita dapat berjimat duit tapi dapat duduk lama di Guangzhou. Settle bab beli tiket kapal terbang. Jom kita buat persediaan seterusnya iaitu buat passport dan VISA utk masuk China.


2) Buat PASSPORT dan VISA

Ni nanti KB sambung.....nagntuk pulak

4 comments:

  1. salam boss..sy sudah baca habis bos punyer perkongsian ke china..tujuan asal sy nak bertanyakan beberapa soalan kerana sy akan ke guangzhou 9-14 disember 2016 ni.hajat hati hendak memborong di sana.pergi dengan adk bradik iaitu bertiga.smuanya masih zero tentang travel..sy sudah banyak membuat rujukan,dan bertanyakan orang.tapi masih belum dapat jawapan yang di cari..persoalan saya,
    1.apabila kita memborong barang dalam kuantiti yang banyak di sesuatu kedai,bagaimana urusan penghantaran barang tu pada kita? banyak entry yang saya baca,dia cakap tokey tu hantar barang di kedai,atau hantar ke hotel kita,atau terus ke gudang kargo.tapi xde sorang pun yang kongsi cara untuk mengepos/shipping barang tersebut ke malaysia.
    2.dimanakah urusan shipping dibuat?
    3.bagaimana nak pos barang ke malaysia melalui laut tanpa menggunakan khidmat agen? dalam erti kata lain,kita sendiri yang uruskan penghantaran tu?
    4.kalau sudi berkongsi,boleh jelaskan langkah demi langkah dari awal membeli di kedai,hingga barang sampai di kastam..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada cara lain biasanya penghantaran kita mesti guna khidmat ejen shipping. tapi kena cari yang murah dan dipercayai...email sy no fon tuan : johnnyramones90@yahoo.com

      Delete
  2. Saya mencari maklumat nak ke guangzhou..boleh x tuan bg detail nak ke sana..contohnya nama tempat yang perlu di tuju..

    ReplyDelete